Sabtu, 20 September 2014

KAEDAH KHUSUS MERAWAT PESAKIT YG DISANTAU & DISIHIR - MENJANA KEKUATAN KUN NURULLAH

KAEDAH KHUSUS MERAWAT PESAKIT 

YG DISANTAU / DISIHIR / DIGANGGU & BERKAITAN

MENJANA KEKUATAN KUN NURULLAH - TERAPI ZIKIR LA ILAHA ILLALLAH


IN SHA ALLAH SHG SEMBUH

* BAYARAN RAWATAN ATAS KEMAMPUAN KEWANGAN PESAKIT * 

TEL: 0132803088 & 0391024875 ( EN HALIM & PN NIZAH )

Utk menjana KEKUATAN KUN ( NURULLAH ) Perawat Islam wajib memastikan wirid di lidah, zikir di hati, zikrullah di roh tidak sekadar menjadi zikir yg mengalir di dlm darah daging ttp menjadi ZIKIR NURULLAH yg hidup di dlm ROH. Berbahagia insan- insan yg dianugerahkan dgn nikmat rahmat Allah apabila roh mrk mula berzikrullah, roh tidak pernah mengenal penat utk terus berzikrullah memuji, mencintai pencipta NYA. Apabila NURULLAH mula hidup di dlm ROH, tenaga aura kalimah LA ILAHA ILLALLAH akan mula memancar di seluruh tubuh Perawat Islam serta kedua- dua telapak tangan kiri & kanan perawat.

99 nama- nama Asmaul Husna yg berada di kedua telapak tangan Perawat Islam akan memancarkan KEKUATAN KUN di dlm bentuk nama- nama Allah, Ya Rahman Ya Rahim yg tidak pernah dipisahkan spt kalimat BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM, Rahman & Rahim yg tidak pernah dipisahkan, Ya Malik, Ya Qudus & seterusnya nama- nama Allah yg lain dpt disalurkan terus ke dlm roh pesakit utk merawat penyakit rohaniah & jasmaniah pesakit. Nama- nama Allah ( Asmaul Husna ) sama ada Ya Matin akan merawat penyakit A, Ya Muiz merawat penyakit B, Ya Qahhar merawat penyakit C atau nama- nama Allah yg lain akan berselang seli masuk ke dlm roh tubuh pesakit merawat berbagai penyakit yg dihidapi pesakit dari kedua- dua telapak tangan Perawat Islam.

Puncak sgl KEKUATAN KUN terletak di hujung jari kalimah, apabila jari syahadat telunjuk tangan kanan diluruskan & jari lain digenggamkan ianya akan membentuk kalimat ALLAH. Semasa rawatan jari kalimah, jari syahadah Perawat Islam yg ditegakkan akan melakar kalimat Allah, Muhammad, Nur, Zat & Kun di hdpn & blkg tubuh pesakit. Dekat & jauh jari kalimah di hdpn & blkg tubuh pesakit bergantung kpd kekuatan iman pesakit & tahap kemudaratan penyakit dideritai pesakit. Dari kedua- dua telapak tangan serta hujung jari kalimah Perawat Islam akan dipancarkan tenaga aura kalimah LA ILAHA ILLALLAH utk membinasakan penyakit misteri SIHIR & BISA- BISA SANTAU, membinasakan jin & setan ( kuncu- kuncu syaitan ) 

Hebatnya KEKUATAN KUN ( NURULLAH ) di dlm perubatan Islam merawat penyakit misteri apabila rohaniah sembuh secara automatik jasmaniah akan mula beransur sembuh sihat dgn izin Allah. Ketika inilah KEKUATAN KUN dlm bentuk NURULLAH dari nama- nama Allah ( Asmaul Husna ), kalimat tauhid, Allah, Muhammad, Nur, Zat & Kun yg ghaib akan membinasakan sihir, santau, jin, iblis, setan ( kuncu- kuncu syaiatan- iblis ) yg ghaib turut binasa dgn izin Allah.

NURULLAH ialah tenaga aura kalimah LA ILAHA ILLALLAH senjatanya ialah kalimah LA ILAHA ILLALLAH itu sendiri, pelurunya ialah kalimah ALLAH di dlm kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Zikrullah yg tercantum di dlmnya zikir Nurullah & Zatullah di dlm zikrullah LA ILAHA ILLALLAH akan menjana suatu tenaga aura kalimah yg hebat kpd pengamalnya. Aura tenaga yg dihasilkan di dlm bentuk NUR dgn izin Allah mampu membinasakan sihir, bisa santau, menyembuh penyakit mlh jin & setan ( kuncu- kuncu syaitan ) pun mampu dibinasakan dgn izin ALLAH.

Wallahu a' lam




Tiada ulasan: